Monday, June 16, 2008

surat utk ibubapa

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 3

BANDAR KINRARA, 47100 PUCHONG

SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL/FAX: 03-80757760

Ruj. Kami:SMKS3/PIBG/SU/(9)

Tarikh : 12 Jun 2008

Kepada :

Ibubapa dan pelajar SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara

Melalui :

Pengetua

SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara

Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN PROGRAM PIBG IAITU KITAR SEMULA, ‘JUMBLE SALE’ DAN HARI KANTIN

Merujuk perkara di atas dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Seksyen 3 Bandar Kinrara akan mengadakan Program Kitar Semula, ‘Jumble Sale’ dan Hari Kantin.

2. Program tersebut bertujuan untuk menambah dana PIBG bagi menampung perbelanjaan program yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk para pelajar.

3. Selain itu juga program tersebut adalah untuk menggalakkan pelajar supaya mengamalkan sikap menjaga alam sekitar dengan mengitar semula barangan terpakai dengan galakan dan dorongan daripada ibu bapa sendiri. Program ini akan berlangsung sepanjang tahun 2008. Program Hari Kantin dan ‘Jumble Sale’ pula dapat menerapkan nilai-nilai keusahawanan dan kerjasama di kalangan pelajar-pelajar. Program ini pula akan diadakan pada bulan Julai nanti.

4. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG dan pihak sekolah amat memerlukan kerjasama pihak tuan/puan agar dapat memberi sumbangan barangan kitar semula atau sebarang barangan terpakai seperti baju, kasut dan sebagainya.

5. Segala kerjasama, perhatian dan sumbangan daripada pihak tuan/puan itu amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

“BERILMU, BERAMAL, BERBAKTI ”

Saya yang menurut perintah,

----------------------------------

(UNGKU IBRAHIM BIN UNGKU AHMAD)

YDP PIBG

SMK Seksyen3 Bandar Kinrara

KERATAN JAWAPAN

Saya, __________________________________ ibu/bapa/penjaga kepada ____________________________ tingkatan ___________ bersetuju untuk memberi sumbangan kepada PIBG dalam bentuk:





1. Wang berjumlah : RM_____________




2. Barangan terpakai seperti baju, kasut, majalah dan lain-lain (nyatakan)

__________________________

(Sila tandakan sumbangan yang akan diberi)

SILA KEMBALIKAN KERATAN JAWAPAN INI SEBELUM ATAU PADA 30 JUN 2008

______________________________________________________________________________